Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Tuesday, April 28, 2009

Muffin pisang n choco chip

Tempahan dari yati dari tiram. Muffin pisang. Tapi aku saje letakkan choco chip buat2 rasa. Muffin nie sesuai untuk makan pagi atau minum petang. Muffin yang wangi dan sedap kalau di makan panas2. Terima kasih ye... Kalau nak cuba lagi bagitau anna ok...

coklat moist cake

Tempahan sepanjang minggu nie.. kek coklat moist dengan toping coklat ganache dan badam... Tempahan dari Linda & Kak Ina dari desa cemerlang dan sebiji dari cikgu sekolah di skudai. Terima kasih yea... kalau sedap bleh la oder dengan Anna lagi tau!... hehe

Thursday, April 23, 2009

cupcakes coklat

Resepi ni memang mudah dan senang untuk disediakan... Oleh sebab anak2 nak makan kek, dan aku lak malas nak membuatnya. Bukannya ape pun, anak2 nie makan sikit je, nanti aku lak yang melantak sampai habis punya sebuku kek tu nanti. Risau aku dibuatnya, badan aku pun dah naik gebu macam kek2 aku ni.... Kali nie, aku buat 1/2 je adunan cupcakes nie... dapatlah beberapa ketul... cukup untuk sekali hadap je.. tak yah nak design2, makan macam tu je pun sodapp.. layanzzzz

Muffin cheese n choco chip


Oleh sebab kami nak pergi pulang kete yang kitorang pinjam kat tuan empunya kete tu.... aku pun dengan rajinnya ler mengodak adunan nak buat muffin cheese nie. Resepinya memang dah lama salin, cuma belum try lagi... So, hasilnya agak lumayan... pada aku memang sedap dan gebusss lagi... Sebagai buah tangan pada keluarga abang ipar aku.... rasa2 lah yea...

Welcome Home Mentadak-Mentadu!!



At last dah siap secret project hubby aku, dengan suprisenya dia ajak aku gi amik keta sabtu hari tu kat bgkl, tapi lom brapa nak siap lagi. kena tunggu dua tiga hari utk hubby aku completekan baru dia kasi amik gbr..ni la hasil setelah 2 blan setengah terperuk kat workshop. dari enjin sampai la ke part body, kira buat restoration 100%. byk gak la melabur kat benda nih..special thanks kat abg iparku sbb bagi pinjam keta dia masa hubby aku wat projek nih.

Thursday, April 16, 2009

Lagi oder kek coklat moist...


Inilah tempahan yang selamat aku siapkan. 2 biji kek coklat moist. Sama je designnya dengan yang semalam. Cuma orang je yang lain. Tempahan dari cikgu2 sekolah. Apa2 pun kek nie dah selamat sampai pada orang yang nak makan tu. Terima kasih daun keladi... lain kali oderlah lagi.... hehe....

Projek rahsia...

My hubby tengah buat projek rahsia. Aku pun gempak gak. Nak tau ler ape? macamana? jadi ape? kenapa? terlalu banyak pertanyaan... Tapi aku dapat satu pic je tentang bayang2 projeknye itu... Apelah yang akan terjadi pada mentadak mentadu kami ni...

Tempahan kek coklat moist



Kek coklat moist nie ditempah oleh cikgu2 di skudai. Alhamdulillah.... Nampaknya mereka telah menerima baik kek aku nie. Banyak repeat oder dari mereka. Apa2 pun terima kasih aku pada kakak iparku yang telah banyak support aku... thanks sis.... So, kek nie telah pun sampai ke tangan yang menempah. Balik bukan dengan tangan kosong tau!!! Dapat lagi oder untuk 2 biji for the next day..... baikkkkk punyerrrr..

Wednesday, April 15, 2009

Biskut Chocolate Chip... Yumyum..


Ini resepi special punya. Aku wat makan2 anak beranak je. Anak2 memang suka. Memang rasanya ala2 chipsmore. Tapi air tangan ibu nie lain kan?.. hehe... Layanzzzzz

Triffle


Ini memang khas untuk mak mentua aku. Dia kata teringat2 lak kat rasa triffle aku nie. hehe... Hubby aku pun apa lagi terus pegi beli barang2nya. Begitu jenuh aku menggodak kastad. Almaklumlah kene pelan2. Tak boleh kuar bunyi... Malam2 plak tu.... Iyelah kalau siang hari, tak jadi keje. Lagilah budak2 nie tengah meragam. Memang dorang tak kasi can kat aku punye... So, akhirnya selamat sudah triffle nie sampai ke tangan mak mentua aku....

Kek Coklat Moist


Ini tempahan daripada Lyn di Puteri Wangsa. Senang deal dengan Lyn ni. Thanks ye Lyn sebab oder lagi kek ni dengan ana...

Monday, April 13, 2009

Agenda ari cuti



Ini adalah agenda hari cuti my hubby. Dah lama janji nak bawak anak2 gi jalan2. Lokasi yang penting ialah zoo. Tengok binatang2 yang ada kat sana. Budak2 tu memang gembira sakan. Almaklumlah dapat tengok singa la... rimau la... Adoi... aku yang sesak napas. Nak berlari2 mengejar dorang yang memang tak tau nak duduk diam. Tau2 jelah, anak kecik2. Penat sungguh.....

Brownies


Petang tadi aku buat projek wat brownies. Saje untuk makan2. Anak2 asik komplain je. Ibu kalau buat kek kenapa tak dapat nak makan. Alahai.... kalau untuk oder punye takan lah nak kelepet lak kan... Bukannya makan banyak sangat budak2 nie. Asik menjilat coklatnye je... Gasaklah ko nak... asal ko bahagio dah ler....

1 umah 1 laptop... bleh pakai ke slogan ni??

Kadang2 memang ada pedih jugak kalau diciter pasal laptop ni. Kena tunggu turn kalau nak guna. Kalau nak update blog memang payah... Tengah malam time burung hantu dah kuar baru dapat guna. Almaklumlah... kena tunggu hubby dah settle update keje2 dia. Dengan anak2 yang nak main game lah... Nak tengok gambar2 binatang, katun2 & ntahape2ntah lagi lah. And as a mom, aku terpaksa mengalah..... Tengoklah nie amier. Bukak mata je terus cari laptop.... mengadap sampai lupa makan...hehe

Muffin Pandan


Muffin Pandan yang ditempah oleh ida dari bukit tiram untuk makan2 dengan keluarganye. Tima kasih yea..

Mee Bandung

Mee bandung ni memang resepi dari husband aku.. Yang ini pun hasil dari tangan dialah... Tinggal nak makan je... Segala-galanya memang dia yang prepare daripada mengoreng kacang tanah sampaikan ke menghidang... Time dia rajin tu memang best. Suruh je dia masak ape2 yang terasa nak makan... Korang layan je dulu k.. Resepinya : )

Bahan2nye :

1/2 peket mee kuning
3 ulas bwg putih di hiris nipis
4-6 ekor udang basah
4-6 ekor sotong
3-4 biji fishball
Daging yang telah direbus & dipotong kecil2
5 tangkai cili kering (Blender dulu ok)
1/2 cawan kacang tanah goreng(dtumbuk)
3 sudu besar sos cili
3 biji telur
sayur sawi dihiris
tomato dibelah dua
Air rebusan daging
sedikit gula, garam dan serbuk perasa (sesedap rasa la)
Hiasan
bawang goreng
hirisan cili merah

Cara-caranya :-

Celur mee kuning
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga berbau. Masukkan cili kering yang telah diblender dan biar hingga garing.
Masukkan udang, sotong, daging dan fishball. Gaul serata. Kemudian masukkan air rebusan daging beserta kacang tanah.
Masukkan pula sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Didihkan sementara. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2.
Akhir skali masukkan sawi dan tomato.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.

Thursday, April 9, 2009

Jalan2



Kalau setiap petang dapat gi jalan2 dgn anak2 memang seronok. Yelah dapat tengok dorang happy berlari2 dan main sesama. Satu petang tu... husband bawa anak2 gi tmn permainan.. Punya lah seronok... Daripada yang besar sampai si kecik tu... Aku pun tumpang tui gak... Relaks2 sambil makan rojak...

Roti Jala n kari daging

Semalam memang hari yang best. My dear husband dengan rajinnya meng'offer'kan dirinya untuk buatkan kami anak beranak roti jala... Dia dok mengirai roti jala kat dapor sorang2, yang aku lak duk tengok tv dengan anak2... Uiii!!! memang sedap makan... lagi2 kalau kita tengah ngap jekan... Resepi aku tlg tgk2 kan dari umah cik mat gebu.. pakai barang2 yang ada kat dapo aje...Layan..

Bahan-Bahannya:-

2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar
minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:-

1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau hingga sebati. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Agak2 la yea… jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
2. Dengan menggunakan kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
3. Bila roti jala kelihatan pucat. Angkat menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.

Wednesday, April 8, 2009

Kek Coklat Moist n strawberry


Ini tempahan untuk pertunangan kawan kepada mak mertua aku. Dia suruh letak buah strawberry untuk hias2 bagi nampak cantik je... Dia kata rupa tak penting, yang pasti rasa tu memang bleh diterima.... Anyway terima kasih ye...

Cupcakes vanilla dan buttercream

Cupcakes vanilla dan buttercream. Memang simple sangat designnye. Sebab memang untuk makan2 je...

Cupcakes

Cupcakes coklat moist dan coklat ganache dan buttercream...

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...