Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

Tempahan Hari Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum....

Terima kasih byk kepada customer2 yg sudi menempah dgn Anna Recipe... Kami berharap anda semua berpuashati... Sokongan dari kawan2 dan kenalan amat kami hargai.... Ini adalah antara tempahan2 yg kami terima bersempena Hari Raya Aidiladha.... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua....









Jangan lupa LIKE page Anna Recipe yer.... wink2...

Tuesday, September 20, 2011

AnTara KeK CoKLaT MaRbLe ChEEsE, ApAm PoLkAdoT & CiStAt.... TaK BLeH TaHan...

Assalamualaikum....

Smua menu kat atas mmg menu tak bleh tahan punye.....kehkehkeh.... kes mmg klu makan tak bleh nak berenti... hahaha....... smua sedap & ramai jugak peminat2nye... huhuhu.... Tempahan mmg sentiasa ada dan alhamdulillah... dah mmg mmg rezeki......terima kasih Allah... terima kasih smua.....

Minggu yg bizi tp insyaAllah... klu ada yg berminat, masih bleh diterima tempahannya.... ana jugak nak mtk maaf sbb kadang2 terlepas pandang pada yg order di FB ataupun di blog dan juga email... klu bleh sms ana skali ye...  maklumlah ibu yg sibuk... kadang2 bleh jeling2 je tenet ni... nak berbalas2 mengkomen tu... adusss tak nyempat..... apa2 pun layan pic tempahan....








Terima kasih wat Rozita dan juga Farid dari Kota Tinggi... mereka2 ni kawan2 di zaman skolah menengah dlu.... ^_^ harap suka ye!

Monday, March 7, 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake...



Resepi : Cotton Soft Japanese Cheesecake
Sumber : Alma @ MyR


Bahan A :

250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
3sb jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek / tepung superfine 
20g tepung jagung

Bahan B :
140g gula kastor
6 biji telur putih
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara-cara :

1) Cairkan cream cheese, butter, susu - double boil. Ketepikan dan biarkan sejuk.

2) Campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam adunan cheese. Gaulkan sebati.

3) Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Tambah gula dan pukul sampai meringue / adunan bertanduk.

4) Campur adunan bahan A dalam adunan bahan B. Kacaukan sebati guna spatula.

5) Tuang dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan marjerin dan dilapis kertas baking.

6) Bakar kek pada suhu 160 degrees C lebih kurang dalam 1 jam menggunakan kaedah 'bain-merie' - water bath. 


Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...