Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Wednesday, August 3, 2011

Apam Gula Hangus...mudah dan sedap..

Salam Ramadhan.... hari ni dah masuk hari ke 3 kita smua berpuasa... alhamdulillah.... setakat ni masih lg blum buang... hehe... 

anak2 pun dah smakin cerdik dan lebih memahami erti puasa.... tak payah susah2 nak paksa lg... dorang sendiri dgn rela hati nak berpuasa....huhu.... ryan pun sama jgk tu... sambil minum susu, dia dok asik cakap dia puasa je.... hehehe.... buat masa ni, ana tgk abg amier yg mmg kuat semangat.... ttp nak puasa penuh....smlm lepas balik dr skolah dia kata dia terpaksa minum air skit...dah tak tahan haus sgt... badan pun dah naik lembik.... yelah, penat balik dr skolah.... lg2 skrg ni ada latihan utk konsert ujung tahun ni.... hehehe... bleh plak dia guna ayat terpaksa tu.... ana tak le melarang dia nak bukak puasa tghari tu... yelah sian jugak... budak2 lagi kan?... sedangkan kita pun lemah longlai jugak time2 puasa gini... inikan plak budak.... yg heran tu, lepas minum air trus dia nak sambung puasa balik.... hehehe.... jenuh ana paksa makan je nasi... kehkehkeh.....tp dia ttp nak makan waktu berbuka nanti dgn ayah dia..... biarlah.... asal dia gembira dah cukup...... >_<

Kali ni ana nak kongsi resepi apam gula hangus... senang dan sedap... gebus... ana suka sgt... tp tak bleh la makan byk sgt... nanti gumuksss....hehehe....


Resepi : Apam Gula Hangus
Sumber : MyResipi

Bahan2 :

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu marjerin
2 sudu susu pekat
1 sdt soda bikarbonat
1 1/2 tepung gandum

Cara2 :

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...