Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Monday, December 6, 2010

PuDiNg KoKteL.....

Semalam gi melawat mak mentua yg tak berapa sihat... Sampai2 tgk dia dok tgh demam... sian... dgn mata yg merah.... ana agak maybe kene sakit mata... So, bawak ler dia g klinik jap... dapat le ubat titis dan ubat tahan gatal.... mak cakap dia salah makan.... entah la.....apa2 pun kami doakan mak cepat sihat ye... Amin...


Pasal en. hubby cakap lepas kije dia nak balik jenguk mak kat aping.... ana pun dok pikir nak bawak ape sebagai buah tangan.... teringat plak yg mak mmg suka makan puding2 ni... so, lepas dok google kat tenet, jumpe lah dgn resepi yg mmg mudah dan barang2 pun ada kat dapor.... so, terhasil lah puding koktel ni.... sedap dan nyaman je... almaklumlah sejuk je bile masuk tekak..... huhu... sampai je kat umah mak... dia suka sgt sbb dapat makan puding ni.... hehe.... lucky la mak suka.... 

Bahan-bahan:-

1 paket agar-agar
1 tin buah-buahan koktel (ditapis airnya)
1 tin susu sejat
5 sudu besar gula pasir
1000ml air


Cara-caranya :-

Masak air bersama2 agar-agar dan gula. 
Bila dah mendidih, kacau dan pastikan agar-agar tu telah hancur. 
Perlahankan api, masukkan pula susu sejat. 
Kacau dan masukkan pula buah-buahan koktel. Kacau rata. 
Kemudian..masukkan ke dalam mangkuk dessert kegemaran anda.
Biarkan sehingga mengeras dan sedap dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!..
(* resepi ni ana copy paste je dr myresepi.com... hehehe...)

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...