Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Wednesday, June 1, 2011

BiNgKa RoTi BerJaGuNg....


Salam smua.... td masa on9 je, terperanjat jgk tgk ramai yg datang menjenguk blog ana..... hehe... terima kasih la kepada smua yg sudi menyinggah kat sini ye... smoga ape yg bakal dikongsikan akan memberikan manfaat kepada kita smua... terima kasih jugak dgn kongsi resepi yg sentiasa menyokong dan membantu kepada blogger2 ataupun tukang2 masak sendirian berhad mcm ana ni.... hehehe...

Lagipun 2-3 ari ni sibuk dgn cistat... maklumlah nak mengentel shell dia je dah berjam2....maklumlah, bukannya ana ni ada bibik nak tolong wat kerja2 umah yg lain... smuanyaaaaaaa... ana la yg kene buat... hehehe....dah tugas...

Blueberry cistat untuk customer

Tempahan cistat dari En. Jasz - 100 biji (blueberry) & 
Lynn - 50 biji (blueberry / strawberry)

Oh ya... hari ni  ana nak kongsi resepi bingka roti berjagung yg ana try wat tu ari...mmg ana ni slalu tak ontime nak post gambar2 masakan ni... hehe... bukannye ape.. tak sempat... amik gambar je dulu... kang klu free2 bleh la ddk mengadap blog ni.... huhuhu... boleh la kan?... asalkan tak bersarang blog ni... boleh laa.... ana buat 1/2 adunan je.... takut nak wat byk2... kang xde orang nak makan plak... budak2 bukannya suka sgt kuih2 basah ni.... tp pada ana la... mmg sedap la bingka ni.... tak brapa manis dan lemak2 gitu... time bakar tu, baunya semerbak satu umah.... harummm je.... di tambah2 time makan bleh trasa bijik jagung2 tu... lain kali mmg kene wat lagi..... hehe...


Resepi : Bingka Roti Berjagung

Sumber : Blog Kak Ummi

Bahan2nyer :-

1 buku roti Gardenia/Hi-5 yang dlm plastik pendek.
3 cawan santan
3 biji telor
1 cawan gula
garam
sedikit esen vanila
kismis (ana tak letak sbb takde stok)
1 tin jagung krim
sedikit mentega

Cara-Cara:-

1. Masukkan roti, santan, gula, telor, garam, esen vanila ke dalam mangkuk. Biar terendam selama 5 - 10 minit. Jika suka roti hancur, boleh kacau sedikit agar roti hancur.

2. Masukkan jagung dan kismis, kacau sedikit.

3. Sapukan mentega dalam loyang.

4. Tuangkan adunan. Cubit sedikit-sedikit mentega dan tabur rata di atas adunan tadi sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 190C sampai masak/garing (*ana masak 45-50 minit untuk half adunan ni)


No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...