Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Wednesday, June 8, 2011

Menu petang ni...Kuih Bingka Labu...


Salam petang buat smua.... hari ni cuaca agak redup... dan di tambah pulak mood rajin yg dok bertiup2 sepoi2 bahasa ni.....hehe.... entah kenapa, ana rasa tekak ni mcm nak makan kuih muih.... dari td dok tgk gambar2 kuih je.... adoyaiii.... mcmane nak kurus klu mcm gini?... hahaha....

Hari ni menu umah ana smua berkaitan dgn labu... mana tak nyer... en. hubby beli labu kemain besar gedabak... hahaha... separuh ana dah masak lemak labu untuk lauk tengahari td... yg lg separuh ni, terpikir2 nak wat pengat ke or wat kuih... so, setelah di timbang tara... baik ana jadikan kuih sbb bdk2 umah  ni mmg tak layan pengat2 ni.... hehehe

Time tgh dok google resepi labu ni, ana terbekenan plak kat satu resepi ni.... so, brg2 pun ada...energy dan smangat yg berkobar2 pun dah ada..... mulalah sengseng lengan berkuntau kat dapor... hahaha... tp, resepi ni mudah je... kerja2 kat dapor pun senyap dan bersih... suka3.... (kes malas nak kecah2 kat dapor... hahaha)... bila dah siap masak, tak sabar2 ana nak makan sbb time kuih tu di bakar tu, bau labu mmg berlegar2 kat dalam umah ni... hehehe... bila dah di ngap, fuyooo... mmg sedap... sedar2 dah berkeping2 ana makan.... mmg berbaloi kalau mencuba.... lain kali klu ada balance labu kat dapor tu... bleh la wat lagi..tak payah fenin2...hehe 

Resepi : Kuih Bingka Labu
Sumber : google (tak ingat kat mane plak)

Bahan2nya :

3 biji telur
100ml air
150ml santan
100gm tepung gandum
90gm gula halus
1/2 sdt esen vanilla
secubit garam
225gm labu manis (kukus dulu dan di lecek halus)

Cara2nya :

1. Satukan smua bahan kecuali labu ke dalam mangkuk.
2. Kacau adunan rata sehingga gula hancur dan sebati.
3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan labu manis yg telah di lecek dan kacau rata.
5. Masukkan kedalam loyang yg telah di alaskan dgn baking paper dan di gris.
6. Bakar pada suhu 200 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

p/s : ana wat separuh je adunan daripada resepi asal... cukup la untuk makan sekeluarga...klu uolls nak wat byk, bleh gandakan adunan ni ok... Selamat Mencuba!

Terang betul warna kuningnya... ini warna asli labu tu tau! xde pakai pewarna tambahan...

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...