Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Tuesday, March 8, 2011

MeNu KeGeMaRan AmiEr..... ChiLLi CraB....


Assallamualaikum smua.... lama rasanya tak update blog ni... dah naik bersawang dah... hehe... tapi, klu skali dapat ngadap, berjam2 jugak.... kuikuikui...

Hari ni menu special skit... huhu.... abang amier request nak makan ketam... smlm ada singgah kat pasar malam kg. melayu.... ternampak plak ada ketam kat situ.... so, terhasillah chilli crab yg tak berapa pedas ni.. sbb klu wat pedas, anak2 payah nak makan.... asik suruh ibunye je yg ngisap sambal2 kat ketam tu... last2 mulut ibunya yg mungkil kepedasan... hehe...


Resepi : Chilli Crab
Sumber : Diana

Bahan-bahannya
2 ekor ketam, dibersihkan dan dibelah 2
3 sudu makan sos cili

2 sudu makan sos tiram

gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka

sedikit air
1 biji telur- dipukul sedikitminyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Sedikit halia


Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yg dikisar sehingga naik bau. Bila rempah telah garing masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit air.

2. Masak rempah sehingga ia mendidih kemudian masukkan ketam. Dibalik-balikkan sehingga ketam masak. Rasakan kuahnya, jika ada yang kurang tambah gula dan garamnya.

3. Telur yang telah dipukul tadi dituang dan gaul rata. Angkat dan hiasankan dengan daun bawang.

4. Siap untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...