Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Thursday, March 17, 2011

MaFin CoKlaT Wif FiLLinG...


Mafin coklat untuk minum petang.... siap ada filling chocolate peanut lg dalamnye.....huhu... resepi yg sgt mudah dan cepat di sediakan.... selamat mencuba!

Bahan2nya :-

Bahan A

1 1/3 cawan tepung
1 cawan gula halus
1/4 cawan serbuk koko
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat

Bahan B

1/3 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 sdk esen vanilla
1 biji telur (di pukul sedikit)

Cara2nya :-

1. Ayakkan tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat bersama..
2. Gaul sebati adunan tepung ini bersama-sama dengan gula halus..
3. Dalam bekas yg berasingan satu semua bahan B... Kacau sebati...
4. Tuangkan bahan B ke dalam adunan tepung dan gaul rata... (gaul sekadar sebati sahaja... tak perlu terlalu lama)
5. Isikan ke dalam paperliners 3/4 penuh dan isikan filling di tengah2 ataupun bleh di tabur dgn choco chips...
6. Adunan ini boleh di kukus/bakar selama 20-25 minit.... Siap...

* bakar pada suhu 160-165 darjah celcius... (mengikut kesesuaian oven masing2)

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...