Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Thursday, January 6, 2011

Cocoa Butter Cake....

Salam petang smua... huhu... petang ni nak post gambar kek butter yg ana baru je wat tadi... tgk resipi mcm mudah dan stok barang pun mmg ada kat dapor.... so, walaupun berat kaki tangan ni nak membaking waktu ujan2 begini... namun ku gagahkan jua.... huwawawa..... dah lama tekak ni nak makan kek tp asik malas je... lg2 la jadual harian dah kembali ke sediakala... hehe... iaitu busy dgn pengurusan umah tangga dan anak2 pun dah naik sekolah....kelam kabut nak wat itu ini membuatkan hari2ku seperti di awang-awangan... wat kijer mcm kaki ni tak jejak kat lantai... huhu..... tp apakan daya, tanggungjawab mesti dijalankan..... inilah amanah... dah nama pun orang rumah.... wat kijer umah le..... kehkehkeh....


Resipi Cocoa Buttercake
Sumber : Blog Kak Ummi (Home Sweet Home)

Bahan2 :

250gm butter
160gm gula castor
4 bj telur
250gm tepung naik sendiri
1 sdt esen vanilla
2 sdt baking powder
4 sdb susu
2 sdb serbuk koko + 1 sdb coffee paste + 3 sdb air panas = buat koko paste

Cara-caranya:

Pukul butter dgn gula hingga kental dan gebu.... Kemudian masukkan telur satu persatu di ikuti dgn esen vanilla... Pukul lagi hingga kembang... Kemudian masukkan tepung dan baking powder yg telah di ayak dan gaul rata... Bahagikan kepada 2 bahagian... Satu bahagian dibiarkan dgn warna asal.... Satu bahagian lagi di campur rata dengan koko paste..... Isikan kedalam loyang sesenduk demi sesenduk adunan asal dan juga adunan koko secara bergilir2..... Bakar dalam suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak..... 

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...