Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Thursday, April 9, 2009

Roti Jala n kari daging

Semalam memang hari yang best. My dear husband dengan rajinnya meng'offer'kan dirinya untuk buatkan kami anak beranak roti jala... Dia dok mengirai roti jala kat dapor sorang2, yang aku lak duk tengok tv dengan anak2... Uiii!!! memang sedap makan... lagi2 kalau kita tengah ngap jekan... Resepi aku tlg tgk2 kan dari umah cik mat gebu.. pakai barang2 yang ada kat dapo aje...Layan..

Bahan-Bahannya:-

2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar
minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:-

1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau hingga sebati. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Agak2 la yea… jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
2. Dengan menggunakan kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
3. Bila roti jala kelihatan pucat. Angkat menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...