Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Monday, April 13, 2009

Mee Bandung

Mee bandung ni memang resepi dari husband aku.. Yang ini pun hasil dari tangan dialah... Tinggal nak makan je... Segala-galanya memang dia yang prepare daripada mengoreng kacang tanah sampaikan ke menghidang... Time dia rajin tu memang best. Suruh je dia masak ape2 yang terasa nak makan... Korang layan je dulu k.. Resepinya : )

Bahan2nye :

1/2 peket mee kuning
3 ulas bwg putih di hiris nipis
4-6 ekor udang basah
4-6 ekor sotong
3-4 biji fishball
Daging yang telah direbus & dipotong kecil2
5 tangkai cili kering (Blender dulu ok)
1/2 cawan kacang tanah goreng(dtumbuk)
3 sudu besar sos cili
3 biji telur
sayur sawi dihiris
tomato dibelah dua
Air rebusan daging
sedikit gula, garam dan serbuk perasa (sesedap rasa la)
Hiasan
bawang goreng
hirisan cili merah

Cara-caranya :-

Celur mee kuning
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga berbau. Masukkan cili kering yang telah diblender dan biar hingga garing.
Masukkan udang, sotong, daging dan fishball. Gaul serata. Kemudian masukkan air rebusan daging beserta kacang tanah.
Masukkan pula sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Didihkan sementara. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2.
Akhir skali masukkan sawi dan tomato.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...