Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Sunday, April 3, 2011

PuDiNg KaRaMeL......


Puding Karamel yg lembut dan sedap jugak klu dapat makan sejuk2..... Dah lama ana nak try wat tp asik bertangguh je.... akhirnya terhasil jugak dari dapur ana yek.... hehe.... 

Resepi Puding Karamel
Source : MR (Alia)

Bahan2nya :

400ml susu segar
5 sudu besar gula halus 
3 biji telur
2 biji kuning telur
2-3 titik esen vanilla

[untuk karamel]
5 sudu gula pasir
2 sudu besar air

Cara2nya :

1. Sediakan karamel : Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan lagi 1 sudu air dan kacau rata. Masukkan ke dalam loyang dan ketepikan.

2. Masukkan telur dan kuning telur dan kacau perlahan (jgn sampai berbuih). Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kacau perlahan sehingga sebati.

3. Dalam periuk lain, panaskan susu dan esen vanilla. Jangan sampai mendidih.

4. Dengan susu yg masih panas lagi, masukkan perlahan2 ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi. Tutup dgn aluminium foil.

5. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. Bila dah sejuk boleh di masukkan ke peti ais. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...