Harga Produk

Monday, February 14, 2011

Homemade chocolate ice-cream....

Salam Maulidur Rasul kepada smua umat Islam... smoga smuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera.... hari ni, jadual agak padat sbb anak2 pun bercuti... huhu... lepas je masak makanan utk lunch td, ana layan ice-cream coklat yg ana buat sendiri td malam.... hehehe...

Actually dah ramai gak rakan2 di fb yg dah mula try wat ice-cream homemade ni... so, ana pun agak tergoda utk try sendiri... alhamdulillah... menjadi dan rasanya tidak menghampakan.... rasanya sama je dgn ice-cream yg kita beli kat kedai2 tu... hehe... so, skrg ni dah bertambah lah lg satu ilmu ana dalam masakan... hahaha..... cuma ana mungkin kene kurangkan skit kuantiti susu sbb pada ana agak kemanisan skit... whatever.. ianya tetap ummmpphh!.... 

Resepi ice- cream coklat....
Sumber : KR


Bahan-bahannya :
1 tin susu pekat manis
1 tin air masak
1 biji telur (ana tak letak)
1 sudu besar ovallete
3 susu besar serbuk koko (ataupun ape2 perisa yg di sukai)


Cara-caranya :
Satukan semua bahan dan pukul dalam mixer sehingga gebu dan pekat... (dalam 20-25 minit gitu)
Masukkan dalam bekas dah sejukkan di tempat beku semalaman....Selamat Mencuba!



* Maaf pd kualiti gambar.... gambar daripada hp saje... huhu

2 comments: