Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Friday, January 29, 2010

Truffles


Ni hasilnyer dari lebihan kek coklat yg tak abis tu... aku wat kan truffles supaya senang nak ngap.. hehehe... letakkan skit coklat strawberry wat meriah (walaupun tak brapa nak meriah ler) maklumlah, time2 ari panas terik nie, kadang2 kemalasan aku nie melampau gak... whatever.. bleh la stakat nak menyedapkan tekak budak2 n mak budak...

Thursday, January 28, 2010

Rendang Ayam


Ini resepi dr my mom... teringin nak makan rendang... tepon tanyer ler aper2 yang penting..cara2nyer lah... akhirnyer terhasil la rendang nie... sedap gak.. nak tunggu raya2 time baru dapat pekena rendang.. huhuhu... layanzzz mata la ye...

Bahan2nyer..

  • seekor ayam (potong ikut suke)
  • 1 biji kelapa diambil santan
  • 20 biji cili api *
  • 2 ulas bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 3 btg serai *
  • 2 keping asam keping (gelugor)
  • 3 helai daun kunyit
  • 1 sudu makan garam
  • 2 sudu gula
  • 3 sudu makan kerisik
  • 1/2 sudu makan perasa adabi
Cara2nyer

*Bahan yang bertanda * hendaklah dikisar lumat.
*Tumis bahan kisar sampai naik minyak (wangi ler baunyer tu).
*Kemudian masukkan ayam, asam keping, garam, gula, serbuk perasa, kerisik dan gaulkan rata.
*Masak diatas api hingga ia ayam agak2 empuk
*Masukkan santan dan biarkan mendidih hingga masakan itu kering sedikit.
*Selepas itu tabur dengan daun kunyit dan gaul rata. Biar seketika dan sedia di angkat.

Thursday, January 7, 2010

Kek Coklat Moist


Tempahan kek coklat moist untuk cikgu sekolah (pelanggan tetap ler) hehe... yang di oder oleh my sis in law.. tq bebanyak ye ...

Tuesday, January 5, 2010

Tempahan doorgift - Dadih

Tempahan dadih sebagai doorgift untuk majlis anda
Minimun Order 50 bekas
Perisa : Coklat, strawberi, jagung, mangga dll
RM0.50 (kecil) RM1.00 (besar)

Tempahan doorgift- Muffin

Tempahan muffin sebagai doorgift untuk majlis anda
Minimun Order 50 bj
Perisa : Vanilla, Coklat & strawberi
Medium
RM1.00 (with container) RM0.80 (with plastic)
Large
RM1.20 (with container) RM1.00 (with plastic)

Promosi! Promosi!


Anna-Recepi ada promosi untuk muffin.... ada perasa choco chip dan vanilla. Harganya cuma RM10.oo untuk 16 biji muffin.... Promosi ini berakhir hingga hujung minggu ini sahaja.... cepat2.. call ana untuk tempahan..
*tiada penghantaran di buat untuk tempahan ini.. (self-pickup)

Sunday, January 3, 2010

Kek Coklat Strawberry

Ini resepi baru kek coklat strawberry untuk makan-makan hujung minggu lepas. Aku nie memang slalu gak meraikan tetamu ku dengan kek. Hehe... jemput tengok yea...

Muffin Vanilla


Muffin vanilla sebanyak 50 biji ini di tempah oleh Azie sebagai buah tangan buat mak mentuanya... Terima kasih azie yea..

Aksi dan gelagat anak2ku




Aktiviti untuk hari pertama dorang di skolah. Afiq tu memang cool je. Ikut je arahan teacher dia. So, bleh la ditinggal2 kan. Afiq masuk kelas K1 Red untuk 5 tahun punyer. Tapi tang si Issac nie ada liat skit ler.. Maklumlah pemalu.. Aku pun kene join class skali. Takpe la ini first day kan. Esok lusa nanti harap2 dia dapat biasakan diri.. Issac masuk kelas N2 untuk student 4 tahun punyer... Belajar rerajin tau....

Hari Pertama Persekolahan


Hari ini bermulalah satu episod baru dalam hidup kami sekeluarga. Kedua-dua anak kami telah pun melangkah setapak ke hadapan ke alam persekolahan. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Walau apa pun ibu dan ayah mendoakan Afiq dan Issac akan menjadi orang yang bijak pandai dan di sayangi oleh guru2 dan kawan2.

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...