Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Thursday, March 12, 2009

Salam kepada semua..

Pertama sekali aku mohon maaf la yea kalau blog aku nie agak suram dan tidak menarik. Almaklumlah aku ni baru2 nak belajar. Duduk depan laptop nie dari pagi sampai ke malam pun tak khatam2 gak... hehe. So, dalam sesi pengambilan gambar pun agak fail jugak. Aku akan cuba untuk memantopkan lagi skill dan juga blog aku nie agar semua yang sudi menyinggah ke sini tak rasa boring ... I'm sorry!!!

Triffle....



Ini triffle yang memang cool... Makan sejuk2 memang memuaskan. Sekali makan dapat bonus 3 rasa dalam satu bekas..

Wednesday, March 11, 2009

Alahai brownies.....


Ini brownies yang aku buat untuk makan2 sekeluarga. Rasanya pulak memanglah tak dapat disangkal lagi.. Begitu penuh dengan kenikmatan erti coklat sebenar... Memang sedap brownies nie. Patutlah ada orang memang boleh jadi gian kalau dah rasa kesedapan brownies.. Dengan coklat ganachenya dan taburan kekacang.... Adoiiiii.... kalau makan selalu nie, boleh jadi sendat baju.. hehehe...

Rezeki muffin lagi....



Tempahan dari rakan sekerja adik iparku ini telahpun selamat sampai ke tangan masing2. Kemain gembira lagi dorang. Maklumlah semua muffin kembang setaman. Hehe.... Kira aku pun rasa gembira gak ler sebab customer aku kali ni berpuas hati dengan rasa dan rupanye... Thanks

Saturday, March 7, 2009

Muffin trio.....



Alhamdulillah.. sekarang nie memang tengah busy dengan muffin... Yang nie lak muffin campur2... Ada perasa strawberi, coklat dan vanilla marble... Time tengah packing2 tu teringat lak kat anak buah aku yang gedik skali tu.... So, aku bagi sikit kat adik aku ngan anak pompuan dia la... kasi rasa2.. Time aku pergi hantar muffin nie kat tempat kerja laki, kerabat opis dia pun tumpang tui gak.... nak tempah gak muffin yang perasa vanilla ala2 marble tu... unik kata dia... iyolah tu... layannnzzzz jelah...

Muffin coklat chip


Inilah dia muffin coklat chip yang memang sedap dan rasa coklatnya. Rasanya memang sedap. Sesuai untuk makan2 seisi keluarga ....

Tuesday, March 3, 2009

Cupcakes coklat moist & bc

Saje2 buat cupcakes coklat moist dengan bc buat kakak iparku sempena birthday dia yang ke ?..... Lagipun time tu aku memang nak menghantar kek yang telah di oder kat sekolah dia. So, senanglah sikit nak bagi by hand kat dia terus..... Cute dia cakap..... hehe..... maklumlah, siap letak teddy bear atas cupcakes tuuuu....

Muffin strawberi.....



Tetiba je aku jadi rajin lak nak membaking muffin buat makan2 untuk aku sekeluarga. Cari2 resepi terjumpa lak resepi yang pada aku memang mudah dan barang2 pun ada kat dapor tu... Memang sedap dan lembut... Layannnzzz...

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...