Tabung Percutian...

Layan Iklan

PERTANYAAN & TEMPAHAN

Facebook :-
PM : Anna Recipe/Rohana Abdullah

No. Tel :-
012-7903245/013-6889330 (hp)


Alamat :-
Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Cara Membuat tempahan :-
Sila buat tempahan 2 hari awal untuk tempahan yang sedikit dan 2 minggu awal untuk tempahan yang banyak.

Bayaran :-
Deposit 50% dikenakan sebelum hari penghantaran dengan mendepositkan bayaran ke akaun saya (no. akaun akan diberikan setelah membuat tempahan) dan baki seterusnya pula di hari penghantaran di buat.

*Sila SMS saya sekiranya transaksi telahpun dibuat...

Penghantaran :-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan harga yang amat berpatutan.

Penghantaran percuma di sekitar Tmn Puteri Wangsa, Tmn Bestari Indah, Tmn Bukit Tiram, Tmn Bukit Jaya dan pick-up point di Econsave Taman Desa Cemerlang

Sekian, untuk makluman.

Wednesday, July 20, 2011

Donat balls....

Assalamualaikum & selamat petang...


Minum ape petang2 gini? mesti menu sedap2 kan?... paling senang pun pisang goreng beli kat simpang... hehehe.... tp ana ni payah sikit le nak gi menapau petang2 gini.... klu rajin tu, buat sendiri je la kuih yg senang2... takpun klu dah malas, makan biskut cicah air teh o.... pun dah kira sedap la tu.... hehehe..... 

tp ari ni mmg dah berazam nak wat something (hehehe... ayat berazam ek???!!) selesai je lunch td, kat kepala dah belegar2 menu2 yg mmg tak bleh nak tahan... kehkehkeh... mcm rajin sangat ek??.... pikir punye pikir punye pikir..... sambil2 melipat kain baju yg segunung kat bilik tu... akhirnya terhasillah donut balls ni.... bukan tak nak wat donut tayar tu... tp, yg bulat comel2 gini lebih senang jalan.... senang nak ngap & budak2 pun suke.... klu wat yg bentuk tayar tu alamatnyer separuh masuk perut anak, separuh masuk perut ibu dia.... hah!! baru padan muka ibu, terkulat2 nak abiskan... atas alasan sayang.... jgn membazir... lepas tu... badan ibu pun mcm di pam2... maklumlah dlm donatkan ada ibu roti... mmg sesuai utk aktiviti kembang-kembangan ni... kehkehkeh....

Donut balls... mmg suke dgn resepi ni... lembut & gebusss..

lepas je puas makan donut... pekene plak ice cream malaysia... hahaha.... made from my freezer....mcm2 perisa ada... hehehe... ada jagung, koko, bandung.... huhu..... budak2 ni kene makan sorang separuh je.... kang batuk plak.... Best!!

Tuesday, July 19, 2011

Tempahan dari preggy mom... tq mummy watie..


Asalamualaikum...

Semalam ana memenuhi tempahan dari my BFF.. mummy watie... sebiji kek coklat moist utk makan2.... alhamdulillah... kek pun dah selamat sampai ke tangan dia.... hehehe... hope dia dapat le enjoy makan CMC tu ye... nanti bila bby kluar.... tak le ngences plak... kehkehkeh...

Anyway tq ye & i will always pray for yr happiness.....

1.2kg chocolate moist cake

Monday, July 18, 2011

Tempahan special utk surprise party....

Assallamualaikum......

Baru skrg ni la berkesempatan ngadap blog ngan fb..... hehe...sambil2 tu dapat le merehatkan badan yg lenguh2 dan sakit2 ni.....huhuhu...maklumlah, weken tu ari mmg bizi bangat... dengan menguruskan umahtangga di samping memenuhi tempahan2 yg ada.... nak ngadap shell cistat pun dah makan berjam2... hahaha... maklumkan sambil ngadap tv, mane taknyer nak siap cepat.... kuikuikui... 

weken tu ari ana sibuk memenuhi tempahan dr en. gafro.... tempahan makan2 di samping cupcakes untuk surprise party bersempena birthday aweks dia.... hehe... anyway tq very much sbb memberi peluang kepada Anna Recipe utk merealisasikan party tu... cewahhh..... hehehe... lain kali bleh la order lg ye.... :)

25pcs cupcakes vanilla + buttercream... tema cute & naughty2 skit.... hehehe.... layanzzz

mee goreng ngan sambal tumis udang utk makan2.....

sambal tumis udang...... 

50pcs blueberry cistat.....

Friday, July 15, 2011

Agen VCO untuk kawasan Tiram-Kota Tinggi...


Ok... ni entry iklan tak berbayor ye.... hehehe... untuk makluman semua ana skrg dah jd agen utk produk VCO Catalyst... so, bagi sesiapa yg nak order bleh la call ana ye...hehehe

So, ni sedikit info ttg VCO ni....

Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.


VCO ada 2 jenis. Ada yang liquid dan ada yang softgel. Tapi jualan yang paling laris adalah jenis softgel ni. sbb kebanyakan pembeli tak tahan dengan bau dan rasa die. Kalau softgel, senang angat. Kita boleh bawa ke mana saja dan telan. Skrg ana akan menerangkan kebaikan & kelebihan VCO ni.

KEBAIKAN VCO

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut
- Regular semula PMS anda
- Sistem penghadaman lebih baik
- Kesuburan
- Kurangkan rasa senggugut
- Batuk dan Selsema cepat hilang
- Mengurangkan tidur berdengkur

Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, VCO tiada side effect sbb dia bukan ubat. rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik. Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.


Persoalan-persoalan yang sering ditanya mengenai VCO

Lelaki boleh makan jugak ke?
Yup! Lelaki pon memang boleh makan. Lelaki dan Perempuan memang digalalakkan makan VCO ni as suppliment :)

Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa soft gel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni?
Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi semenanjung dan
RM43.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Dalam satu botol ada 60 kapsul soft gel dan boleh tahan selama sebulan :)

VCO nih sesuai dengan semua peringkat umur ke?
Semua peringkat umur digalakkan makan VCO ni. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua.

Bagaimana cara pengambilan/pemakanan VCO ni ?
Boleh digunakan dengan 2 cara. 2 in 1 :)

Makan dan Sapu di muka
- 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan. Seeloknya diambil bersama air suam/ air kosong.
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus. Seeloknya diambil bersama air suam/ air kosong.
-Lagi satu, boleh disapu kat muka. Lubangkan siket guna jarum dekat softgel tuh then apply kat muka. Kalau boleh wat before nk tido malam tuh.Kalau nk biarkan smpi pagi terpulang la. Tp 15 minit pon dh ok..kasi die serap kat kulit muka...tp utk kulit sihat n cntek,better mkn n sapu laa :) Yang penting, pengambilan VCO untuk makan 2 biji kapsul setiap hari jangan pernah skip. Amalkan.

Tak bertambah berminyak ke bila sapu soft gel nih dekat muka?
Tidak. Cuma ianya oily bila sapu dekat muka je. Then, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita tuh :)

Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO nih, akan bertambah kurus lagi ke?
Eah, dun wory ok (: sbb if anda da sedia kurus, ia takkan menguruskan lagi after makan sbb anda pnya metabolisma da sedia tinggi. Untuk metabolisma yang rendah, VCO membantu untuk menaikkan metabolisma anda (:

Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni?
Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi. (:

Halal ke VCO ni?
VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

More info about VCO/ Catalyst boleh lihat di sini :
catalyst2u.net

Macam mana nak order?
Sila hantarkan maklumat penuh anda kepada ana melalui sms atau pm di FB untuk membuat pesanan.

Nama :
Alamat :
No Hp :
Jumlah Item :
Pembayaran Melalui:

So, kepada sesiapa yg ingin menjaga kesihatan dan juga nampak muda dan cantik, bolehlah amal vco ni ye.... lagipun harganya tidak mahal dan semua mampu milik....hanya RM39.90 bagi semenanjung Malaysia dan RM43.90 bg sabah/sarawak (exclude postage)...

postage
1-3 kotak :RM5(semenanjung)
RM7(sabah/sarawak)

4-8 kotak:RM10(semenanjung)
RM12 (sabah/sarawak)

Terima kasih pada customer2 di atas sokongan anda....

Asalamualaikum.... ape khabar smua?... ana harap smua kawan2 dan jugak para pengunjung blog Anna Recipe sihat2 dan juga ceria dan bahagia bersama keluarga dan orang2 yg tersayang... entry kali ni ana cuma nak post gambar2 tempahan yg ana terima sepanjang bulan ni... hehe... alhamdulillah, rezeki masih ada dan ana berterima kasih kepada yg menyokong dan sudi menempah produk di Anna Recipe ni.... InsyaAllah.. ana akan sentiasa bersedia menerima tempahan yg akan datang....kata org rezeki jgn di tolak.. musuh jgn di cari.... hehehe...

Tempahan kek marble untuk Kak Siti dr Tiram.. tq ye kak!

Kek Coklat Moist.... Terima kasih byk2....
1 cmc - Marina
2 cmc - Lynn

Ada jugak tempahan cistat sebanyak 150 biji dari Pn. Ita dari Taman Gaya....Terima kasih ye!

Alhamdulillah... tempahan apam dot dot mmg mengalakkan... hehehe.... dah ramai org suka makan apam ni kot... bukan saje sedap... yg penting cute dan comel.... Terima kasih ye pd yg menempah...  & maaf pada nama2 penempah yg ana terlupa ye...
En. Mat - 1 set
Yati - 2 set
Lynn - 1
Nadia - 2 set

Monday, July 4, 2011

Lama tak pekene mee kari.... yum3


Salam tghari... ari ni menu lunch ana skluarga special skit... walaupun masaknyer senang.. tp klu tak iya2... mmg malas nak buat... hehehe.... memandangkan dah lama tak makan mee kari,maka ana pun merajinkan diri masak mee kari ari ni.... huhuhu.... buat cair skit takut budak2 takut nak makan sbb takut pedassss.... hrmmmm.... terpaksalah berkorban skit tahap kepedasan tu ye.... kang, klu pedas sgt, budak2 tak nak makan and then dgn terpaksanyer nanti, kene masak menu lain plak khas utk dorang.... huhu... tak kuasa!!... kuikuikui....

Klu dulu ana suka masak mee kari tak letak santan sbb pada ana lg power kut... tp skrg kene letak santan skit... takut perut2 org lain kang tak kebal mcm perut ana ni... hehe.... so, selamat menjamu selera dan menjamu mata ye..... oh ya, klu nak resepi bleh tgk kat MyResipi ye... cara ana pun lebih kurang sama je... ngeeeeee......

Tempahan Apam Dot Dot.... Tq Eta...


Tempahan apam dot dot dari eta sebanyak 180pcs... Terima kasih byk2 ye sbb slalu order.... Walaupun ana tak berapa sihat waktu tu tp, alhamdulillah... smuanya apam menjadi dan cantik gebu..... 

bersusun sblm di paking...

Layan Iklan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...